Buah Naga
atau lebih dikenali sebagai Dragon Fruit mempunyai rasa yang enak (masam dan
manis) dan juga khasiat yang bagus pada kesihatan.
Dari sudut kesihatan kulit, Buah Naga mempunyai
antioxidant yang tinggi! Antioxidant yang tinggi di dalam Buah Naga ini mampu
untuk menghalang kulit dari radikal bebas. Hasilnya, kulit tak menjadi kusam
dan kendur. Kandungan Vitamin C yang tinggi didalam nya juga berupaya
mencerahkan kulit! Wahhh banyak nya kebaikan pada kulit.
Haaa..sebab itulah Mary Kay telah mencipta set rangkaian
terbaru yang menggunakan Buah Naga sebagai bahan utama. Bukan itu sahaja,
rangkaian ini turut mengandungi Aloe Vera yang umum sudah cukup terkenal dengan
kebaikannya melegakan kulit, merawat jerawat kerana khasiat antioxidant yang
tinggi.
Memperkenalkan, Botanical Effects Evolution! Tengok packaging yang pink menyerlah pon Lysa
dah excited tau!
Okay set rangkaian ini terdiri daripada:
- Cleansing Gel 127g.
- Refreshing Toner 147ml.
- Invigorating Scrub 88ml.
- Moisturizing LotionSPF 30 Sunscreen 50ml.
- Moisturizing Gel 85g.
Cleansing Gel
127g.
- Mengandungi khasiat Buah Kelapa yang membantu membersihkan kulit dengan lebih mendalam dan berkesan. Sangat bagus untuk menghilangkan minyak di wajah yang oh! sungguh merimaskan.
- Padat dengan antioxidant yang diperolehi dari ekstrak Buah Naga untuk melawan radikal bebas yang boleh merosakkan kulit.
- Juga mengandungi ekstrak Aloe Vera untuk memperkayakan lagi kandungan antioxidant.
- Tidak mengeringkan kulit mahupun buat kulit menjadi tegang dan tidak selesa.
- Kulit rasa lebih lembut, subur dan bersih!
REVIEW: Best sangat pencuci ni sebab
dia tak buat kulit Lysa pedih! Usually if cleanser jenis gel lysa akan rasa
tegang semacam atau pedih tau. Tapi cleanser yang ni mmg tak buat kulit rasa
mcmtu. Lepas pakai memang rasa fresh dan minyak berlebihan di wajah especially
area hidung, dahi dan dagu hilang!
Refreshing Toner
147ml.
- Menegangkan pori pada masa yang sama membersihkan lebihan minyak yang boleh menyebabkan pori tersumbat.
- Padat dengan antioxidant yang diperolehi dari ekstrak Buah Naga untuk melawan radikal bebas yang boleh merosakkan kulit.
- Juga mengandungi ekstrak Aloe Vera untuk memperkayakan lagi kandungan antioxidant.
- Kesan kotoran seperti habuk, debu halus dibersihkan begitu juga sel2 kulit mati yang boleh menyebabkan kulit kusam.
- Mengandungi Witch Hazel, yang digunakan secara tradisi sebagai pengawal minyak namun tidak mengeringkan mahupun meninggalkan rasa tegang pada kulit.
- Membantu mengawal kilatan pada wajah, membuatkan kulit kelihatan sihat dan segar!
REVIEW: Dah cuba dan memang bagus guna
lepas cuci muka especially if kita was2 muka betul2 bersih atau tak. Macam Lysa mmg jadikan penyegar sebagai salah satu rutin wajib penjagaan muka. Tapi yang best nya guna penyegar ni sebab bila 2 minggu pakai nampak kulit bouncy pon yer, glowing pon yer dan
kulit tu nampak ala2 ‘glass skin’. Since lysa tak ada masalah open pores so Lysa dah bertanya pada customer lysa yang ada masalah open pores dan mereka dah cuba dalam sebulan. Memang penyegar ni berjaya buat pori mereka tak besar dan tak visible pada kulit. Tapi kena la pakai everyday yer dan rajin. Kalau pakai baru seminggu dan gap2 memang tak dapat la result tu kan.
Invigorating Scrub 88ml.
- Menanggalkan sel kulit mati dan kusam menjadikan pori terasa lebih bersih.
- Mengandungi bahan scrub yand terdiri daripada biji buah buahan untuk membersihkan pori dari tersumbat.
- Mengandungi bahan semulajadi yang diambil daripada Epal dan Kelapa.
- Bukan sahaja kulit kelihatan sekata, malah kulit nampak lebih segar dan berseri.
REVIEW: Okay, yang scrub ni Lysa akan
guna 2 ke 3 kali je dalam seminggu. Jangan scrub muka hari2 tau. Tak bagus
untuk kulit nanti kulit nipis tak kisah la jenama apa pon. Btw,bila scrub lysa
akan focus kat bahagian celah2 hidung dan dagu. Since area tu je yang Lysa
concern takut2 naik whiteheads or blackheads. So Lysa akan scrub bahagian tu
biar pori bersih so tak ada lagi kotoran atau minyak yang tertinggal. Jangan scrub kuat2 tau. So far
mmg scrub ni best especially bila dah msuk hujung bulan muka pon dah start ada
kulit mati di beberapa bahagian so pakai scrub ni mmg kulit rasa licin balik
lepas tu. Yayy!
Moisturizing
LotionSPF 30 Sunscreen 50ml.
- Mempunyai perlindungan matahari broad-spectrum untuk kulit daripada terdedah kepada kedua dua sinaran iaitu UVA dan UVB.
- Formula yand cepat meresap kedalam kulit tanpa meninggalkan sebarang kesan basah pada kulit. Tak perlu tunggu lama lagi!
- Berbekalkan kandungan SPF anda akan jimat lebih masa untuk bersiap kerana tak perlu risau lagi terpaksa menggunakan perlindungan matahari berasingan dengan pelembab!
REVIEW: Haa..lysa paling suka
sunscreen ni sebab dia senang sangat meresap! Dan tak pekat sangat so tidak
melekit. Bau pon tak ada bau pelik mcm sunscreen lain yang lysa pernah cuba
dlu2. Lepas tu sangat menjimatkan masa sebab dah pakai ni tak perlu pakai
pelembab dah sbb dia ibarat 2 in 1 ( pelembab n sunscreen). Memang tiap kali
keluar rumah siang hari Lysa akan sapu sunscreen untuk elak kulit daripada
terdedah kepada sinaran UVA/UVB. Bahaya tau kalau tak pakai sunscreen keluar rumah
sbb cahaya UVA dan UVB tu boleh menyebabkan kanser kulit. So kalau nak guna
sunscreen yang selesa patut cuba yang ini yer!
Moisturizing Gel
85g.
- Gel pelembab yang ringan dan cepat meresap ini membekalkan lembapan optimum pada kulit. Walau apa pon jenis kulit anda gel pelembab ini akan membuatkan kulit tampak lebih sihat.
- Formula yang ringan ini tidak membuatkan kulit rasa berminyak mahupun meninggalkan lebihan pada kulit. Pada masa yang sama mampu membekalkan lembapan pada kulit sehingga 12 jam!
- Kulit rasa lebih lembut, licin dan segar tanpa rasa kering.
- Formula bebas minyak dan tidak menyumbatkan pori!
- Digunakan pada waktu malam. (siang guna Moisturizing LotionSPF 30 Sunscreen)
REVIEW: Untuk malam Lysa akan guna
moisturizing gel ni. Lysa akan pakai setiap malam sebelum tidur. Memang bangun
pagi esok nya kulit lembuttt sangat. Walaupun tidur dalam aircond pon kulit tak
kering sebab pakai pelembab ni. Kalau tak pakai pelembab lepas tu tidur dalam
aircond mmg esok tu kulit rasa kering n ada kasar2.
OVERALL: Selepas Lysa gunakan selama 2 minggu memang terasa perbezaannya. Kulit rasa bersih, fresh, minyak kurang dan kulit rasa lembut sangat! Bila kulit lembut lysa perhatikan parut2 mudah pudar. Bila kulit lembut nak makeup pon foundation senang nak apply dan tak bercapuk. Overall mmg puas hati dan looking forward for the next 6 months. Nak tengok apa lagi kebaikan pada kulit lysa. Kena komited tau jangan la pakai sekejap2.
Okay terima kasih ya sudi baca blog Lysa! Untuk
pertanyaan lebih lanjut atau nak buat temujanji untuk personal skin
consultation boleh hubungi Lysa di:
Whatsapp:
+60143257473 (mohon maaf
sebab Lysa tak menerima panggilan telefon yer. Whatsapp saje. Sebab nak jimat
masa takut customer di WhatsApp tertunggu.
Instagram: marykwithlysa
Twitter:
marykwithlysa
No comments:
Post a Comment